Dengan mengeluarkan kata kata agama, tidak semestinya aku seorang ustazah .
Labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim .
Dengan menasihati orang lain ,tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya .
Aku cuma insan biasa, yang mempunyai keinginan seperti kamu .
Cuma aku berkongsi, apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu .
Dan mengingati diri sendiri, supaya menjadi lebih baik .
Dan muslimah,
Apabila teruna memandangmu, kau tunduklah mengelak panahan syaitan.
Apabila teruna mendekatimu selangkah, kau berundurlah beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayumu, kau anggaplah itu merupakan kalimah iblis syaitan.
Apabila teruna menutur harapan indah, kau yakinkanlah dirimu bahawa janjiNya lebih bahagia disana kerana dikau mengerti dan menyedari akan erti MARUAH seorang muslimah.
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"